it has been a long time i left my blog .
sorry because i'm busy lately.
there's so much homework and work that i have to do in 2012 :)
but alhamdulillah today ,
saya ada masa untuk update blog kesayangan saya ni .
buat kepada semua follower saya , thank you sebab follow blog saya yang tak sebarapa best ni .
hewhew :D
pelik bukan dengan title post saya kali ni ?
sebab ; begini kisahnya .
semalam ialah hari jumaat . heeee , saya bangun lambat . hari yang sepatutnya aku mau jumpa kawan aku , Saufi kat Tesco .
tetibe , time tengah BRUNCH ,
TETIBE my ibu cakap ;
"Suami Cik Nur baru meninggal "
Innalillahiwainnailarajiun .
Cik Nur tu adik ibu saya .
muka dia serupa dengan ibu saya . kadang2 saya sampai tersilap panggil .
haha :D
my ibu cakap lagi ;
" petang nanti kite pergi balik kampung Paman Jam "
aku pon okay je la .
petang tu , saya get ready siap2 nak balik kampung untuk uruskan jenazah pak cik saya .
saya ni takdelah rapat sangat dengan arwah pak cik saya .
saya biasa je .
saya just ambik jubah hitam yang kakak saya belikan time die kat Istanbul dulu .
jubah tu kali ketiga saya pakai .
first and second time saya pakai time bulan puasa last year , time nak pergi solat terawih kat masjid .
kampungnya kat bukit rotan . dekat je dengan tanjong karang .
kiteorg sampai kat surau pukul 5 lebih camtu .
ibu , wani and wak siti and anak2 nya pergi solat asar dulu .
after solat asar , baru pergi duduk kat tempat jenazah nak disolatkan .
saya rasa sangat sedih tengok Cik Nur saya .
siapa tak sedih kehilangan suami tercinta ?
kalau la saya kat tempat dia pon , saya akan menangis .
suami kot .
mak arwah pon menangis lagi teruk .
ibu mana tak menangis akan kehilangan anak yang dikandung selama 9 bulan .
saya hanya mampu melihat tetapi tidak mampu nak keluarkan air mata time tu .
then , start solat jenazah .
Dan semalam adalah pertama kali saya melihat orang melakukan solat jenazah .
alhamdulillah , akhirnya dapat juga peluang untuk saya melihat solat jenazah .
selalunya tengok dalam video je .
TAK REAL :D
lepas dah habis solat jenazah , jenazah arwah diangkat untuk dimasukkan dalam van .
tapi , orang2 yang mengangkatnya termasuk Paman Salleh , Paman Apis and ayah saya sendiri berhenti kejap .
Time tu , Cik Nur pergi menatap wajah arwah suaminya buat kali terakhir .
Cik Nur menangis lagi .tiba tiba , Wak Siti , ibu dengan nenek menangis juga .
bila saya lihat ibu saya menangis , saya rasa sebak ,
saya memang tak boleh tengok ibu saya menangis .
Ibu and semua pergi tengok muka arwah buat kali terakhir.
saya dengan kakak dan adik saya tak pergi tengok .
saya halang adik saya daripada ikut ibu saya .
budak kecik kan tak boleh tengok , kalau tak nanti susah nak lupakan macam saya .
sampai sekarang masih mengingati wajah arwah moyang lelaki saya , ayah kepada atuk sebelah ibu saya .
lepas tu , arwah dibawa masuk ke dalam van jenazah .
kiteorang semua pon pergi naik kereta pergi ke tanah perkuburan , tempat arwah nak dikebumikan .
sampai je kat tanah perkuburan , ayah parking kereta elok elok .
dan sekali lagi saya ingin menyatakan ,
INILAH PERTAMA KALI SAYA MENJEJAKKAN KAKI SAYA KE TANAH PERKUBURAN ISLAM SELAMA 16 TAHUN SAYA HIDUP.
saya dapat melihat suasana orang yang membaca selepas arwah dikebumikan .
baca doa semua .
saya berdiri sebelah Cik Nur .
saya rasa sangat sayu melihat wajah Cik Nur .
kesian sangat saya tengok muka dia.
dah la serupa dengan ibu saya .
saya juga kesian tengok anak die yang keempat and baby .
kesian dieorang . dieorang mesti tak memahami lagi .
abang2 die muka nampak sedih .
saya memahami maksud di wajah mereka semua .
paling saya rasa sedih , tengok wajah mak arwah .
die asyik menangis .
even dah habis pon , still menangis.
takpe , saya faham .
tetapi semalam lah ,
membuat kan saya rasa insaf .
saya membayangkan ,
apa perasaan saya kalau saya kehilangan ibu dengan ayah saya ?
saya tak dapat bayangkan .
mesti saya akan menangis juga seperti Cik Nur and mak arwah .
kalau saya meninggal dunia?
kasihan nanti ibu dengan ayah saya .
dah la saya banyak dosa , pahala takdelah banyak mana .
saya takut mati .
so itu sahaja cerita saya pada hari ni .
AL - FATIHAH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.