lama juga la saya tak update blog ini .
sekarang saya bertukar menggantikan diri dari aku ke saya :)
itukan bahasa yang lagi manis untuk orang yang membacanya .
.......................................................................
Manusia , biasalah . setiap manusia pasti ada yang melakukan dosa.
tidak kisah lah kecil mahupun yang besar .
hari ni saya nak luahkan apa yang hati saya rasa . saya ingin berkongsi dengan anda semua dengan pengajaran yang saya lalui didalam hati ini .
Allah Maha Besar dan Maha Penyayang .
kini saya sudah sedar betapa berdosanya saya terhadap seorang guru yang bergelar ustaz.
saya tidak layak untuk menghina dan mencacinya. saya hanya insan yang hina .
saya tidak sepatutnya meletakkan post post apa yang saya tidak puas hati terhdapnya.
tadi, saya dipanggil oleh bonda (pengetua) .
saya rasa sangat malu dan bersalah . saya berjanji dengan ikhlas bahawa saya tidak akan mengulangi kesalahan ini .
ingatlah wahai sahabat , kalau nak berkat dalam hidup , first mentaati perintah Allah .
second, menghormati kedua ibu bapa dan last sekali , menghormati guru .
ingatlah , jika kamu semua berbuat kesalahan kepada seorang guru, hati anda pasti tidak tenang .
rasa diri terlalu hina untuk berhadapan dengan orang dengan kesalahan yang saya lakukan .
p/s : ustaz, saya minta maaf dengan kesalahan yang saya lakukan terhadap ustaz.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.